Rabu, 27 Oktober 2010

Menggapai Destinasi Cinta



Aku kembali membuka laptopku. 'Masih banyak perkara yang perlu disiapkan,duhai hati sabarlah...'. Hatiku seakan memujuk. Kemudian jariku pantas membuka folder 'FROM ME'. Folder yang banyak menyimpan seribu satu rahsia dalam diriku. Sejurus jariku pantas menaip sesuatu
.

Ya Allah, ampunkanlah diriku ini. Hanya Engkau saja yang dapat mengampunkan diri ini. Ya Allah, dengarlah luahan hati ini. Aku tidak tahu pada siapa lagi yang dapat aku harapkan untuk mendengar rasa hati ini selain dariMu, Ya Rabb.

Ya Allah, aku mendambakan cinta seorang kaum Adam. Makhluk ciptaanMu. Maafkan aku Ya Allah, sudah puas aku cuba menepis perasaan ini. Bermacam2 cara sudah aku cuba untuk menidakkan rasa hati ini tapi aku tidak mampu. Aku tersentak sejenak. Aku tahu semua ini, perasaan suci ini adalah anugerah dari Engkau jua. Lantas aku beristigfar kerana cuba melawan fitrah suciMu.. Astagfirullah al-azim.

Dengarlah isi hatiku, Ya Allah.. Aku mengimpikan diri ini menjadi sayap kiri perjuangannya. Aku mengharapkan diriku bersama-samanya dalam menegakkan daenMu. Berjuang bersama-samanya dengan manhaj Rabbani yang Engkau turunkan. Mengatur langkah jihad bersama dengan wahdah fikrah yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah yang agung. Aku mengharapkan dirinya menjadi pembimbing diri ini agar bisa kucium bau syurgaMu. Agar bisa ku menjadi bidadari syurgaMu. Agar dapat kusalurkan cinta ini hanya untukMu. Tiada lain. Hanya Engkau , Ya Allah..bisakah diri ini?

Ya Allah, dalam angan dan sedar, aku telah menyediakan sedikit ruang hatiku untuk hatinya agar ia bisa 'singgah' suatu hari nanti. Walaupun pada ketika itu aku tahu arjuna hati akan menangis kecewa apabila yang diharapkan hancur lebur berkecai, tak kesampaian. Aku tahu betapa besarnya risiko yang kuambil ini kerana ia bisa menghancurkan hatiku yang lemah ini. Aku mohon Ya Allah, berikan aku kekuatan pada masa itu. Tenangkan hatiku dengan ketentuanMu.

Ya Allah, aku tahu aku tidak sepatutnya mengharapkan semua ini. Aku tidak sepatutnya mengangankan semua ini apalagi merencanakannya. Hatiku tidak tahan lagi Ya Allah.. Engkau yang mengetahui segala-galanya..Dunia ini Engkau yang punya. Aku juga adalah kepunyaanMu. Dan 'dia' juga adalah hak mutlakMu. Bukan kami. Hati-hati ini pun milikMu. Segalanya milikMu. Subhanallah...

Ya Allah, teruknya diri ini. Aku bukan mengutuk ciptaanMu. Tapi, aku cuma menilai diri ini. Sudah tahu cinta yang abadi dan hakiki hanyalah cintaMu tapi masih mengharap cinta daripada ciptaanMu. Masih mengharap untuk mencintai dan mengasihi. Masih mengharap cinta dari kaum Adam tanpa mempunyai ikatan yang sah. Astagfirullah al-azim. Walhal, aku masih lagi bertatih belajar mencintaiMu. Cinta yang kuberikan untukMu masih lagi tandus tapi sudah berkeinginan untuk mencintai selainMu. Ya Allah, maafkan aku.

Ya Allah, aku tahu hati ini adalah milikMu. Aku tahu perasaan yang Engkau berikan ini adalah dariMu juga. Aku tahu semua ini adalah tarbiyah untuk diriku sebagai hambaMu. Untuk menguji kesetiaanku padaMu barangkali. Ya, itulah jawapannya...

Ya Allah, Ya Tuhanku...rezekikanlah kepadaku cintaMu. Dan cinta orang yang memberi manfaat kepadaku oleh cintaMu disisiMu. Ya Allah, Ya Tuhanku...rezekikanlah kepadaku daripada apa2yang aku cintai. Jadikanlah ia satu kekuatan kepadaku untuk melaksanakan apa yang Engkau cintai. Ya Allah, Ya Tuhanku, apa yang Engkau jauhkan dariku apa2 yang Engkau cintai, jadikanlah ia sesuatu kekosongan bagiku untuk melakukan apa-apa yang Engkau cintai. Tautkan hati-hati ini dalam lingkaran mahabbah dan mawaddahMu.

Amin Ya Robbal A'lamin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan