Ahad, 10 April 2011

PETUA TIDUR RASULULLAH S.A.W



Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi....

12 Petua Untuk Pemuda Islam




Mengapa anda, seorang pemuda Islam, perlu membantu rakan-rakan untuk mengenali dan mendekati Allah?
Mana tidaknya, anda sendiri pun sudah mempunyai banyak masalah sendiri untuk difikirkan: perlu menerangkan mengapa orang Islam diwajibkan solat, diskriminasi terhadap Hijab, mempertahankan Islam apabila Profesor anda menyerangnya, berhadapan denga ibubapa yang marah apabila anda mula menyimpan janggut dan pelbagai lagi dugaan dan kepayahan yang terpaksa dihadapi oleh pemuda Islam yang cuba mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

Islam bukan agama yang individulistik, yang dikhaskan buat mereka yang tertentu sahaja. Seorang Muslim mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan Deen ini, dan pemuda, samada yang baru mula memahami dan mengamalkan Islam, aktivis atau pemimpin memainkan peranan yang penting.
“Allah telah meletakkan mereka pada satu kedudukan di mana tiada orang lain yang berada di kedudukan tersebut”, kata Sheema Khan, bekas penasihat Muslim Youth of North America bagi Kanada Timur.
"Mereka mempunyai pelbagai cara untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan, mereka memahami apa yang pemuda lain lalui dan mereka juga mendapat petunjuk Islam."
Jangan panik. Berikut adalah petua dan nasihat daripada para pemuda Muslim yang pernah berda’wah dan berjaya melakukannya:.....

Sabtu, 9 April 2011

TAHAP SOLAT


Jadi marilah kita sama-sama renungkan, dimanakah kedudukan solat kita sebenarnya?? Adakah kita tergolong pada golongan ketujuh hingga kesembilan?? Layakkah kita?? Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah bersama.

Petua Pelajar Cemerlang

Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

**************************

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaa adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  2. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  3. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

Ahad, 14 November 2010

Nikah Khitbah : Solusi Masalah Cinta Remaja





                                          Oleh : Ustaz Maszlee Malik
                                  Pensyarah UIA dalam bidang Usul Fiqh

Selepas Majalah I sudi menerbitkan artikel “Cinta anta dan anti” penulis menerima banyak maklum balas. Sama ada melalui sms, panggilan telefon, emel dan juga pertanyaan-pertanyaan. Apabila majalah I bulan Mac pun turut memaparkan reaksi para pembaca mengenai artikel tersebut, persoalan ini semakin popular. Terdapat juga pertubuhan-pertubuhan di IPTA dan IPTS menjemput penulis untuk berbicara “soal cinta”. Walaupun bukanlah seorang pakar dalam hal ini, namun pengalaman yang dilalui sepanjang enam tahun menjadi pensyarah IPT turut mendorong artikel tersebut dihasilkan.
Antara soalan yang biasa diajukan kepada penulis berkaitan artikel “cinta anta dan anti” ialah: “Apakah kesudahannya?” atau “Apakah penyelesaiannya?” Artikel tersebut seolah-olah tergantung, dan ramai yang begitu ingin mendapatkan jawapannya

Rabu, 27 Oktober 2010

AURAT…? ADAKAH KITA SEDAR AKANNYA?


“Baiklah pelajar-pelajar sekalian, tentang aurat antara bukan muhrim dalam Islam bagi laki-laki….bla…bla…bla… dan untuk perempuan, daripada bla…bla…bla…”
Perkara di atas adalah ayat-ayat yang selalu kita dengar waktu sekolah dahulu. Mesej ini juga disampaikan oleh penyampai-penyampai Islam. Ada yang ikut sebaik-baiknya dengan memahai hukum tersebut, ada yang juga ikut dengan cara yang tak betul dan ada pula yang tidak ikut langsung. Banyak pula fesyen pakaian diwujudkan. Tapi adakah semua itu sesuai untuk kita sebagai umat Muhammad SAW. Adakah kita benar-benar faham akan maksud menutup aurat ini

Menggapai Destinasi Cinta



Aku kembali membuka laptopku. 'Masih banyak perkara yang perlu disiapkan,duhai hati sabarlah...'. Hatiku seakan memujuk. Kemudian jariku pantas membuka folder 'FROM ME'. Folder yang banyak menyimpan seribu satu rahsia dalam diriku. Sejurus jariku pantas menaip sesuatu