Ahad, 14 November 2010

Nikah Khitbah : Solusi Masalah Cinta Remaja





                                          Oleh : Ustaz Maszlee Malik
                                  Pensyarah UIA dalam bidang Usul Fiqh

Selepas Majalah I sudi menerbitkan artikel “Cinta anta dan anti” penulis menerima banyak maklum balas. Sama ada melalui sms, panggilan telefon, emel dan juga pertanyaan-pertanyaan. Apabila majalah I bulan Mac pun turut memaparkan reaksi para pembaca mengenai artikel tersebut, persoalan ini semakin popular. Terdapat juga pertubuhan-pertubuhan di IPTA dan IPTS menjemput penulis untuk berbicara “soal cinta”. Walaupun bukanlah seorang pakar dalam hal ini, namun pengalaman yang dilalui sepanjang enam tahun menjadi pensyarah IPT turut mendorong artikel tersebut dihasilkan.
Antara soalan yang biasa diajukan kepada penulis berkaitan artikel “cinta anta dan anti” ialah: “Apakah kesudahannya?” atau “Apakah penyelesaiannya?” Artikel tersebut seolah-olah tergantung, dan ramai yang begitu ingin mendapatkan jawapannya

Rabu, 27 Oktober 2010

AURAT…? ADAKAH KITA SEDAR AKANNYA?


“Baiklah pelajar-pelajar sekalian, tentang aurat antara bukan muhrim dalam Islam bagi laki-laki….bla…bla…bla… dan untuk perempuan, daripada bla…bla…bla…”
Perkara di atas adalah ayat-ayat yang selalu kita dengar waktu sekolah dahulu. Mesej ini juga disampaikan oleh penyampai-penyampai Islam. Ada yang ikut sebaik-baiknya dengan memahai hukum tersebut, ada yang juga ikut dengan cara yang tak betul dan ada pula yang tidak ikut langsung. Banyak pula fesyen pakaian diwujudkan. Tapi adakah semua itu sesuai untuk kita sebagai umat Muhammad SAW. Adakah kita benar-benar faham akan maksud menutup aurat ini

Menggapai Destinasi Cinta



Aku kembali membuka laptopku. 'Masih banyak perkara yang perlu disiapkan,duhai hati sabarlah...'. Hatiku seakan memujuk. Kemudian jariku pantas membuka folder 'FROM ME'. Folder yang banyak menyimpan seribu satu rahsia dalam diriku. Sejurus jariku pantas menaip sesuatu

Selasa, 26 Oktober 2010

Biarlah Kesudahan Kita Dan Dia Di Syurga

Author: Rezza Khanafiah





RAMAI manusia diserang masalah berkaitan hati, cinta diraih sering kali gagal. Kadang-kadang kita juga sering salahkan takdir, sedangkan kita sebenarnya gagal menempatkan hati pada langkah pertama lagi. Mengalami masalah hati dan jiwa setiap hari, tapi tidak jumpa solusi yang pasti, selalu membuat kesimpulan gunakan hati (nafsu), bukan berdasarkan al-Quran dan al-Hadith.

Semua insan di dunia inginkan kesenangan dan kebahagiaan. Justeru, kekadang bila kita melalui hari dengan mudah pada satu-satu hari, rasa bersyukur teramat sangat. Manakan tidak, setiap hari sebelum memulakan hari baru, kita (niat) sentiasa berdoa demi kebaikan sepanjang hari pada hari tersebut, bermula pada langkah pertama.

Kekadang kita terlalu takut jika Allah Taala tidak menyayangi kita, bilamana kita tidak ditimpakan ujian walau sebutir zarah pada hari-hari yang kita hadapi. Ujian ini, bukan untuk menakutkan diri, tapi mencari hikmah yang tersembunyi.

Ahad, 24 Oktober 2010

Jalinan Ukhuwah - Ukhuwahfillah Sepanjang Zaman -

Jalinan Ukhuwah - Ukhuwahfillah Sepanjang Zaman -

FATWA ULAMA’ TENTANG “COUPLE”!!

* Syeikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin pernah ditanya tentang hubungan cinta sebelum menikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: ¿Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.¿

* Syeikh Abdullah bin Abdur Rahman al Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berhubung dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana hubungan seperti itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, perbualan melalui telefon, dan sebagainya, demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.

* Syeikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; ¿Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya.¿ (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu dibolehkan selagi tidak mendatangkn fitnah.

waallahu’alam…